Ok Sekarang ni aku nak bagitau tentang perbezaan karakter FMA 2003 punya anime dengan FMA Brotherhood 2009 punya anime
Dari segi perwatakan amat berbeza di antara FMA 2003 dengan FMA 2009
Sebabnya FMA 2003 tidak guna manga (komik Jepun) sebagai jalan cerita
FMA 2009 menggunakan manga sebagai jalan cerita
Di antara kedua-dua anime tersebut aku lebih suka FMA 2009, sebabnya ia mengikut jalan cerita dari manga
Sebab tu karakter dia berbeza
Apa bezanya? silat lihat di bawah
Karakter pertama iaitu Homunculus Pride (Keangkuhan)
Pride di dalam manga adalah Selim Bradley anak kepada Fuhrer Bradley. Pride merupakan Homunculus yang paling tua di antara Homunculus2 yg lain. (Gambar di atas Selim di dalam FMA 2009 dan gambar dibawahnya Selim di dalam manga mendedahkan dirinya sebagai Pride)
Tetapi di dalam anime FMA 2003, Bradley adalah Homuculus Pride. Pride dicipta oleh Dante. Homunculus yang paling sempurna dicipta. Pride akan memerintah negara mengikut kehendak Dante
Karakter bagi Homunculus Wrath (Kemarahan)
Di dalam anime FMA 2009, Fuhrer King Bradley merupakan Homunculus Wrath. Merupakan Homunculus yang boleh berusia. Homunculus pertama berasakan manusia yang dicipta oleh Ayah. Dia mula mendedahkan dirinya ketika berlawan dangan Homunculus Greed
FMA 2003 punya Wrath adalah anak kepada hasil kegagalan transmutasi Izumi Curtis (cikgu kepada Ed & Al), dia merupakan Homunculus Warth yang wujud di dalam FMA 2003 saja (Tiada di dalam manga dan anime FMA 2009)
Homunculus Sloth (Kemalasan)
Di dalam manga dan FMA 2009 punya anime dan manga, Sloth merupakan Homunculus yang besar dan amat bodoh. Objektif hidupnya ialah menghabiskan kerja dgn cepat dan mahu berehat
Sloth di dalam anime FMA 2003 merupakan hasil kegagalan tansmutasi Ed dan Al dalam menghidupkan ibu mereka semula. Berbanding dengan Sloth FMA 2009, Sloth ini amat berbeza karakternya kerana Sloth ini lebih tenang, pandai mengatur, dan pintar
Ketua kepada semua Homunculus (Ayah & Dante)
Ketua bagi semua Homunculus di dalam anime FMA 2009 ialah Ayah. Ayah merupakan pencipta semua Homunculus mengikut kehendaknya. Ayah dikatakan Homunculus yang asli dan pertama. Ayah asalnya merupakan sejenis makhluk di dalam balang dan tidak boleh hidup jika dia dikeluarkan. Ayah berasal dari Xerxes dan mula berkawan dengan Hohenhiem pada 400 tahun yang lalu. Dia menggunakan darah Hohenhiem dan membentuk balang yang berupa seperti Hohenhiem. Dia sebenarnya memerintah Amestris dengan menjadikan King Bradley sebagai bonekanya
Dante merupakan ketua bagi semua Homunculus dalam anime FMA 2003. Dia hanya mencipta Pride (Fuhrer King Bradley). Dia berusia lebih 400 tahun dengan melompatkan nyawanya dengan badan orang yang lain. Dia sebenarnya memerintah Amestris dan bukannya Fuhrer King Bradley
Karakter Hohenheim
Hohenheim di dalam manga dan anime FMA 2009 merupakan manusia yang tidak akan mati. Sebabnya Hohenheim diperalat oleh Ayah (ketika itu Ayah hanya Homunculus di dalam balang) pada 400 tahun yang lalu di Kota Kuno Xerxes. Di dalam badan Hohenhiem terdapat 500,000 lebih nyawa penduduk Xerxes. Semua nyawa penduduk Xerxes terperangkap di dalam badan Hohenheim dan Ayah. Ketika di Xerxes Hohenheim hanya seorang hamba yang tidak bernama tetapi mempunyai nombor 23. Ayah yang memberikan nama Van Hohenheim terhadapnya apabila Ayah mahu berkawan dengannya.

Hohenheim di dalam anime FMA 2003 juga hidup lebih 400 tahun. Dia dan Dante menggunakan teknik melompat nyawa ke badan orang lain dengan orang lain dan hidup selama-lamanya. Dante merupakan kekasihnya dan mempunyai anak tetapi mati pada umur 18 tahun. Hohenheim melakukan transmutasi manusia dengan harapan menghidupkan semula anaknya. tetapi hasil itu gagal dan Homunculus Envy pun mucul apabila kegagalan Hohenheim. Hohenheim mula meninggalkan Dante dan bertemu dengan Trisha.
Well itu saja perbezaan karakter FMA 2003 dengan FMA 2009
Current Mood